Friday, April 15, 2011

Hati-hati tektik baru PENIPU


Mungkin pada orang lain dah lama, tapi pada aku baru..Taktik Orang non-muslim masuk Islam kerana DUIT...hanya nak MENIPU.
Aku tulis cerita aku ni untuk jadi tauladan supaya orang lain lebih berhati-hati..
  • Sekarang ni banyak orang yang non-muslim masuk Islam untuk wang, kenapa saya kata begitu, memang benar saya sendiri yang mengalami pengalaman di tipu oleh seorang saudara baru.

  • Apa yang dapat saya katakan begitu sebab ada 2 versi cerita yang berbeza di hari yang sama.

  • Cerita saya : Dia memerlukan tiket bas untuk balik ke Pontian kerana pihak isteri dia hantar orang pukul dia kerana melarikan anak dia ( dia telah mengIslamkan anaknya). Tapi dalam keadaan saya di rumah, takkan saya sanggup bersusah payah nak beli tiket bas untuk dia..sudah pasti saya beri wang untuk dia beli sendiri tiket bas tersebut. So saya DAN KAWAN SAYA BAGI WANG UNTUK DIA DAN ANAKNYA.Mungkin orang cakap saya bodoh..memang ya..dalam keadaan tersebut saya memang percaya dia dalam kesusahan.sebelum dia minta tiket, habis semua dokumen pengislaman dia tunjuk pada kami, kad saudara baru, ic baru dan report polis kononnya isterinya mereport dia menculik anaknya.

  • Cerita AJK surau kariah saya : Rupa-rupanya saudara baru ni memang selalu ke surau di kariah saya bila dia memerlukan pertolongan. Malam tersebut dia naik basikal pergi ke surau dan minta tolong AJK surau, wang kerana Along dah culik anak lelakinya dan hancurkan motornya.AJK surau siasat dan pergi di tempat yang diceritakan namun hanya dolak dalih yang diberikan.

  • Apa yang saya nak katakan disini, kalau benar dia memerlukan pertolongan kenapa mesti menipu, kalau dia benar-benar nak jadi umat Islam yang baik kenapa mesti menipu,kenapa ada versi cerita yang berbeza????..

  • Cerita versi suami saya : Berlaku di masjid..saudara baru .tektik yang sama minta tiket pulang ke Johor, tapi my asben ni keras hati sikit dan mungkin a little bit brilliant dia minta saudara baru tu MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH..namun lansung saudara tersebut tidak boleh mengucap..so suami saya tak beri..

  • Sebenarnya saudara-saudara baru ni akan dapat bantuan dari PUSAT ZAKAT, namun mengapa mereka masih meminta-minta dengan berbohong..badan yang tegap mengapa tak cari kerja.. kita orang Malaysia sangat baik hati..sangat pemurah dan mudah kasihan dengan orang, kadang-kadang dengan sikap ni kita mudah ditipu..jadi andai kalian jumpa saudara-saudara baru yang meminta-minta macam ni berhati-hati lah yer...tadi pun masa aku dengar TANYALAH USTAZ, ustaz Sharhan Shafiee pun ada cakap, banyak sekarang orang masuk Islam untuk menipu...

No comments:

Post a Comment