Sunday, July 14, 2013

KEK KEJU MARBLE KUKUS



BAHAN-BAHAN
1 tin susu cair
8 keping keju ( cheese slice )
1 buku mentega ( 275g )
1.5 cawan gula kasar ( optional - ikut rasa masing-masing)
2.5 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur ( gred C )
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar serbuk coklat ( optional - ikut citarasa masing-masing )

CARA MASAK
1. Panaskan susu dengan kepingan keju ( dicarik halus),kacau hingga keju larut dalam susu
  (apabila adunan larut, padamkan api dan biarkan sedikit sejuk)
2. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
3. Apabila gula dan mentega kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata.
4.Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan adunan susu dan keju, kacau sebati.
6.Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian ( 1- coklat, 1- original)
8.Masukkan adunan ke dalam loyang berselang seli hingga habis.
9.kukus kek hingga masak

*** PASTIKAN AIR SUDAH MENDIDIH DI DALAM PERIUK KUKUS SEBELUM MENGUKUS, SEBAIKKNYA< PANASKAN LOYANG SEBELUM MELETAK ADUNAN ***

Monday, July 01, 2013

KERANA TERPAKSA

NOW..she was 3 years old ++..dah pandai pilih-pilih baju nak pakai, setiap baju yang aku jahit ,semua dia tak nak pakai..huhuhu..nak pergi mana-mana pilih baju sendiri..Dan yang semestinya, skirt, baju kurung memang bukan pilihan dia..yang dia tahu...nak pakai "SUAQ" dan T'shirt, mujurlah jugak nak pakai yang ala-ala girlish tu. Pernah angin dia nak pakai semua baju t'shirt abang dia, nak buat macamana....dah semua atas-atas dia abang,.dulu aku start minat nak menjahit, sebab dapat baby girl, minat nak jahit dress semua, tapi tup-tup cik puan tu tak nak pakai...alahai anak omak...pakailah dik..tak cantik ker ibu jahit????

Aubrey Bow  

Paksa dan dipaksa pakai

Masa ni, dia suka lagi pakai dress

Dah tak ingat pattern apa dah ni...