Friday, June 24, 2011

DENGAR DGN HATI (source : MAJALAH SOLUSI ; ISU 32 )

 
  •  Seorg guru bertanya kpd pelajarnya yg berusia 7 thn, "Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji epal dan satu biji epal, berapa biji epalkah yg kamu dpt ?"Sepantas kilat pelajar itu menjawab dgn yakin , " empat ".
     
  • Guru itu kecewa dgn jawapan yg diberikan kerana dia mengharapkan jawapan yg diberikan ialah TIGA. "Mungkin dia tidak mendengar dgn baik," bisik guru itu
  •  Guru tersebut mengulangi soalan yg sama sambil meminta muridnya itu mendengar dgn teliti.
  • Murid tersebut yg dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dgn jari. Kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan agar jawapan yg diberikan dapat menbuatkan gurunya gembira, bukan tujuan mencari jawapan yg tepat. Tanpa ragu2, diulang jawapan yg sama, " empat, cikgu ! "
  • Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat yang muridnya itu amat mengemari strawberi, maka diubah sedikit soalan itu. "Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yg kamu miliki ?"
  • Murid itu mengira lagi dgn jarinya, " Tiga, cikgu !"
  • Kali ini jawapan yg diberikan tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri, " Bagus, tepat sekali jawapan kamu tu"." Sekarang , kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat ?"
  • Soalan awal diulang lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat. Kali ini gurunya sudah hilang sabar. Disoal murid itu  dgn marah " Macamana kamu dapat jawapan empat pula ni ?"
  • Dengan suara perlahan dan teragak2, murid itu menjawab . " Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya , cikgu "....
  
*** Cuba fikir-fikirkan apakah pengajaran yang dapat melalui cerita ini ????..fikir-fikirkan..esok2 Cik Happy bagi jawapannya..kalau sesiapa yg dh baca Majalah Solusi mesti dh tahu jawapannya...


p/s : Dengan harga rm9.00 tak rugi kalau kita beli majalah Solusi..banyak ilmu yg kita dapat..rajin2lah membaca ( ingatan utk diri sendiri sekali..kikiki )

No comments:

Post a Comment