BAHAN-BAHAN :
- 1/2 bungkus agar-agar stripe ( pek 37.5g)
- 5 keping roti putih
- 1/2 cawan susu pekat
- 175 ml susu cair
- 1/2 cawan gula
- 4 cawan air
- 2 biji telur
- 2 sudu besar butter/marjerin
- 2 sudu besar serbuk koko
CARA MASAK :
- Blend roti, telur, butter, susu pekat dan susu cair hingga sebati. ( Guna blender )
- Masak agar2 dgn 4 cawan air hingga agar-agar benar-benar larut
- Masukkan gula, masak hingga mendidih
- Masukkan adunan yang telah di blender tadi
- Masak hingga adunan ini mendidih
- Apabila masak, tapis adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dgn serbuk koko dan bahagian satu lagi dibiarkan dgn perisa asal.
7.Masukan ke dalam loyang secara berselang seli
jeng-jeng ..dh siap....sedap dimakan sejuk....
**utk mengelakkan serbuk koko jadi berketul2...bancuh dahulu dgn sedikit air panas baru dimasukkan ke dalam adunan...jom try...very yummy............
wah sedapnya tgk puding tu kak ariza...bak mai sepiring nak rasa...hehe
ReplyDeleteamekla..jgn segan2...seri muka ija lg sedap..antaq cni ckit boleh...
ReplyDelete